Sila buat aduan anda:

Name:
Email Address:
Nama Sekolah:
Aduan/Catatan:

form mail

Tuesday, May 4, 2010

Pengauditan Data Sepanjang Tahun 2010

Salam satu Malaysia...

Pengauditan data akan dijalankan dari masa ke semasa sepanjang tahun 2010. Mohon kerjasama semua Guru Data bersedia mengemaskini fail-fail yang sepatutnya Fail Sumber dan Fail Meja). Segala Instrumen dan Bahan lain yang diperlukan boleh dimuat-turun melalui blog ini (Bahagian Muat Turun Bahan). Segala kerjasama semua Guru Data amat dihargai.
Sila hubungi pihak PPD atau JPN untuk sebarang pertanyaan.

Daripada:
Semua Pegawai,
Unit Pengurusan Maklumat JPN P.Pinang.

Monday, January 11, 2010

PENGUMUMAN PENTING

Semua Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat

Semua Penyelaras ICT PPD/PPG/PPDK

melalui:-

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Jabatan Pelajaran Negeri

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan

KUTIPAN MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN (MAP) JANUARI 2010

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kutipan/pengemaskinian data MAP Januari 2010 akan dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelumnya. Carta Kutipan Data Januari 2010 (Lampiran A) adalah seperti dilampirkan.

3. Bagi kutipan 31 Januari 2010 maklumat enrolmen dan kelas akan dikosongkan mulai 1 Januari 2010. Langkah ini bertujuan untuk mendapatkan data yang bersih, sahih, terkini dan tidak berulang. Guru Data diminta memasukkan maklumat berkenaan sebaik sahaja sesi persekolahan 2010 bermula dan mengemaskininya pada atau sebelum 31 Januari 2010 sekiranya terdapat sebarang perubahan.

4. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah/Sekolah dipohon membuat semakan bagi menghasilkan data yang berkualiti. Salinan Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar sekolah berkenaan hendaklah dijadikan rujukan untuk mengesahkan maklumat sekolah.

5. Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan perlu membuat semakan data bersama unit-unit berkaitan di Jabatan Pelajaran Negeri sebelum data disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan nanti. Semakan ini penting kerana data tersebut akan digunakan sebagai data asas bagi pemeriksaan Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan 2010.

6. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Dr. Markhaini Wati bt. Sarwani (no. tel.:03 - 8884 6531) atau Cik Azlin Hairani bt. Subki (no. tel. :03 - 8884 6358).


7. Kerjasama serta keperihatinan Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menjayakan kutipan data MAP Januari 2010 didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

tt

(Dr. AMIR BIN SALLEH @ MOHD. SALEH)

Pengarah

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Tuesday, July 28, 2009

PENGUMUMAN PENTING !

Salam persaudaraan,

Diharap semua guru data memuat turun Nota Panduan Pengisian Data Emis untuk memudahkan proses pemahaman untuk melaksanakan pengisian data Emis.

Sekian, terima kasih.

Thursday, April 16, 2009

Sunday, March 29, 2009

KURSUS EMIS ONLINE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

kepada semua Guru Data ;

Satu Kursus EMIS Online akan diadakan di antara tarikh 11 hingga 29 Mei 2009 bertempat di Pulau Pangkor. Kehadiran adalah WAJIB dan tidak boleh diwakilkan. Semua Guru Data harus bersedia dengan maklumat yang diperlukan.

Maklumat secara detail akan dimaklumkan kepada pihak sekolah.

Sekian, untuk makluman.